Menghindar Lemak di Badan

Parut 2 biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya dan campur dengan sebiji perahan limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Menguruskan Badan

Rebus beberapa helai daun betik. Kemudian, buangkan daunnya. Minum ketika masih suam. Seelok-eloknya amalkan dua gelas sehari dan amalkan selama sebulan.

Menguruskan Badan

Rebus sedikit campuran rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan halia dengan secawan air. Minum airnya sewaktu suam pada setiap pagi, petang dan malam. Amalkan setiap hari.

Menguruskan Badan

Rebus segenggam asam jawa diperah pekat, sedikit akar kunyit dan sedikit akar bonglai. Rebus bersama dua gelas air, biarkan mendidih. Setelah sejuk, barulah diminum pada sebelah pagi. Amalkan selalu.

Menguruskan Badan

Ambil beberapa helai daun betik, rebus dan buang daunnya. Minum sebanyak dua gelas sehari dan amalkan selama sebulan.

Menguruskan Badan

Tumbuk dua biji delima muda, campurkan dengan sedikit air. Kacau hingga sebati. Tapis dan ambil airnya sahaja. Amalkan minum selepas makan malam.

Menguruskan Badan

Tumbuk lumat halia, kemudian peran dan ambil airnya. Biarkan selama 5 - 10 minit supaya patinya mendap. Ambil airnya sahaja dan campur dengan telur ayam kampung. Bancuh sebati dan bubuh sedikit madu lebah. Kacau lagi hingga sebati baru diminum. Amalkan seminggu sekali. Anda akan dapat lihat kesannya.

Menghindari Perut Buncit

Bancuh secawan teh pekat manis dan perahkan dua biji limau nipis. Kemudian minum ketika masih suam. Sebaiknya minum selepas sarapan pagi dan makan tengah hari.

Menghindari Perut Buncit

Perah jus limau kasturi dan gaul dengan kapur sirih. Sapukan pada perut.

Menghindari Perut Buncit

Rebus jadam bersama asam jawa dengan sedikit air. Biarkan kering kemudian sejukkan. Sapukan jadam ini ke perut kemudian dibarut kemas.

Menghindari Perut Buncit

Campur cuka, ragi dan kapur barus hingga sebati. Buatkan campuran ini pekat sedikit. Pupukkan ke perut dan barut kemas-kemas sebelum tidur selama 44 hari.

Menghindari Perut Buncit

Ramai orang mengamalkan makan dahulu kemudian mandi. Sebenarnya, cara begitu boleh membuatkan perut seseorang itu buncit.Jadi, ubah dengan mandi dahulu kemudian baru makan. Satu lagi, pastikan jangan makan berulam air. Ada baiknya minum selepas setengah jam makan.

Mengurangkan Selera Makan

Perah dua biji limau nipis. Campurkan air perahannya dengan seketul ibu garam. Embunkan semalaman. Sebelum sarapan, minum campuran tadi. Amalkan dua kali seminggu.

Hilangkan Daki

Amalkan menggosok hampas kelapa pada seluruh badan terutama sekali di bahagian bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Bagi kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa itu perlu dibungkus dan gosoklah tumit di atasnya.

Hilangkan Daki

Rendam segenggam beras, kemudian tumbuk hingga lumat bersama 2 inci kunyit hidup. Sapukan di atas badan dan biarkan seketika. Bila hampir kering, gosok bahan tersebut hingga jatuh. Selepas itu, barulah cuci tubuh anda dengan air bersih.

Mencantikkan Bulu Roma

Tumbuk 2 ulas bawang merah hingga lumat. Kemudian, lumurkan pada betis. Biarkan kering, barulah dicuci. lakukan 3 kali sehari.

Menghilangkan Bulu Roma di Muka

Tumbuk sehingga halus kunyit kering dan gosokkan pada muka. Biarkan semalaman. Cuci muka dengan sabun muka pada keesokan harinya supaya tidak kuning.

Mengurangkan Bulu Roma Lebat

Campurkan dua sedu besar limau nipis dengan sedikit gula. Sapukan pada bulu roma yang lebat itu dan biarkan hingga kering. Setelah itu, barulah di cuci.

Kurangkan Kedut di Muka

Parut sebatang lobak merah. Campurkan sebiji kuning telur dan satu sudu makan tepung jagung. Kacau sehingga sebati dan lumurkan pada muka. Bilas dengan air suam.

Hindarkan Kulit Berkedut

Satukan secawan tepung kacang dan secawan tepung beras. Campurkan sebiji telur ayam. Kacau hingga sebati dan jemur di panas matahari. Apabila sudah kering, ayakan sampai halus ketika hendak tidur. Sapukan bedak tadi ke dahi dan gosokkannya.